Tips-Tips
By admin on Jan 5, 2008 in Tips Blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagaimana dengan perancangan anda untuk 2008? Sudah ada perancangan untuk memantapkan pendapatan di internet? Jika belum ada, apa kata jika anda lihat perniagaan yang ditawarkan di sini? Klik sini untuk maklumat lebih lanjut.
Baiklah. Sebagaimana yang kita janji dulu, kita akan bincang bagaimana mencari idea untuk menulis di blog. Jika anda ingat, saya ada mengatakan pada tempoh hari, keunikan artikel blog kita sangat memainkan peranan penting dalam meningkatkan populariti & trafik blog kita.
Malah, saya juga ada menyatakan kita perlu tahu bagaimana memilih niche yang betul-betul sesuai & mempunyai potensi lumayan sebelum kita memulakan sesebuah blog.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana caranya untuk mula mencari idea menulis di blog dengan cara PERTAMA yang mudah dan popular :
(1) Mencari di enjin carian, seperti Yahoo, Google, MSN atau sebagainya. Cara ini sangat popular yang digunakan di internet. Tujuannya adalah mencari maklumat yang menarik untuk dikongsi dalam blog anda, atau untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan niche (fokus bidang) anda. Walaupun cara ini nampak biasa, tetapi ia sangat berkesan memberikan kita idea baru untuk menulis. Tetapi, untuk menjaga keunikan blog anda, saya tak sarankan anda salin bulat-bulat maklumat yang anda perolehi. Ubah mengikut cara anda sendiri.
Sebagai contoh, jika hari ini anda ingin mencari maklumat tentang ‘cara membuat ecover’, anda boleh taip di enjin carian, contohnya Google. Taip ‘cara membuat ecover’ atau jika anda mampu memahami bahasa Inggeris, taip keyword seperti ‘how to make ecover‘.
Dan jika anda inginkan hasil carian yang lebih tepat, taip sebegini :
intitle:”how to make ecover”
Kadang-kadang, kita mempunyai idea apa yang ingin ditulis pada hari ini, tapi disebabkan kekurangan maklumat, maka cara pertama ini cukup berkesan.
Dan melalui cara ini juga, membolehkan kita mengetahui perkembangan semasa yang berlaku yang berkaitan dengan fokus bidang anda.
Dan jika anda semua mempunyai pandangan yang lebih menarik tentang cara pertama ini, sila tinggalkan pendapat di sini dengan meninggalkan komen di sini.
Insya Allah kita akan bincang pula cara kedua pada artikel akan datang. Selamat Tahun Baru 2008!
P/S : Hak lesen MRR untuk “Super Collection of Graphic Stuffs” hanya tinggal 71 lesen sahaja. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.myproecover.com/pakejgrafik















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment