7
By admin on Nov 24, 2008 in Tips Perniagaan Internet

Salam. Mungkin anda dah agak boring saban minggu, ada sahaja produk baru yang dilancarkan untuk dijual.
Baca testimoni yang diberikan oleh orang yang dah baca atau dah gunakan produk tersebut. Jika kelihatan benar-benar berfaedah dan membantu anda, ia petunjuk yang positif kepada anda untuk memilih produk tersebut.
Lihat panjang salesletter atau
Dapatkan perbincangan di forum-forum online. Anda boleh dapatkan beberapa maklumat tentang produk tersebut. Jika ahli-ahli forum memberikan pendapat negative dan positif,
Bandingkan dengan KEPERLUAN anda sekarang. anda tidak perlu membeli sesuatu produk, jika ianya bukan keperluan anda. Sebagai contoh, seorang designer grafik web takkan membeli ebook bagaimana buat kedai kopi. Itu hanya sebagai contoh saja. Oleh itu, kenalpasti apa sebenarnya yang penting dan perlu kepada anda. Jika anda sedang membuat produk sendiri, lupakan dahulu mana-mana produk lain jika ia tak berkaitan.
TIPS #5
Bandingkan BAJET KEWANGAN anda. Jika anda benar-benar tiada duit, tangguhkan dulu hasrat membeli mana-mana produk. Walaubagaimana pun, jika ianya boleh membantu kerja atau perniagaan internet yang anda sedang buat sekarang, belilah. Jika ia belum berguna sekarang, lupakan saja buat sementara waktu jika bajet anda mendesak.
TIPS #6
Bandingkan dengan produk yang anda dah beli. Jika ianya tentang perkara yang sama dan tiada langsung bezanya dengan produk anda sekarang, lupakan produk baru. Lebih baik laksanakan dulu apa yang anda belum praktikkan daripada ebook terdahulu yang anda dah beli.
TIPS #7
Perhatikan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemilik produk tersebut. Biasanya kebanyakan laman web mempunyai maklumat ini. Jika produk tersebut mempunyai lesen jual semula seperti lesen MRR atau PLR, perhatikan betul2 syarat-syaratnya. Ini bagi mengelakkan anda menyesal selepas membelinya. Saya pernah membeli produk MRR tak dibenarkan dijadikan sebagai bonus PERCUMA, sedangkan saya mahu jadikannya sebagai bonus percuma bagi produk affiliate yang saya tengah promosi. So, baca dengan baik-baik ye.
Ini hanya sekadar pandangan saya. Tips di atas tak sesuai dilakukan oleh mereka yang kaya dan berkemampuan.
Bagaimana dengan anda? Apa yang anda buat sebelum membeli mana-mana produk di internet? Atau jika anda ada idea baru, apa kata kongsi tips anda di ruang komen di bawah ni? Tentu ia akan membantu.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Good Info.. Banyak langkah-lagkah di atas yang saya skip sebelum ini semasa membeli produk. Akibatnya.. Hardisk PC saya dipenuhi ebook-ebook yang saya tidak baca lagi…
Khai | Nov 24, 2008 | Reply
sory mawardee, ni baru boleh jenguk blog awak..betul tu..sebelum apa2 keputusan nak beli barang sekarang ni, offline atau online sebaik-baiknya search dulu di internet..sebab sebelum anda beli, mesti dah ada orang lain beli dan buat review di internet..jika banyak review yang baik, mungkin anda tidak perlu was-was untuk beli produk tu..tapi kalau banyak kondem je produk tu, baik perfikir banyak kali untuk beli..
wanmus | Nov 24, 2008 | Reply
Khai,
saya dulu pun pernah ada kena sindrom ‘gila membeli’ hingga kerja projek bisnes berterabur. Tapi sekarang pun saya masih membeli. Cumanya saya akan terus gunakan, biasanya sebagai bonus affiliate.
Wan Mus, abang senior saya kat sekolah,
ala, kenapa nak mintak mintak maaf? Jenguk je blog ni bila2 nak. Kan?
admin | Nov 24, 2008 | Reply
Salam..
betul sanagat apa yang mawardee bgtau tu.aku sokong:-)..
aku pun kdg2 bile bc je sales letter, nak beli je rasenye..ye la, kitakan orang baru.newbie..
ape2 pun, perbincangan mcm nie bagus untuk kita semua:-)
Apih | Nov 24, 2008 | Reply
Salam…memang bagus tips yang diberikan. Tapi bagi yang dah terlanjur macam saya yang dah banyak membeli ebook ni macama mana ye. Ada tips tak, nak buat apa dengan e book semua yang kebanyakkannya saya tak baca ni. Nak berikan secara percuma akan melanggar peraturan yang dah ditetapkan.
husin | Nov 24, 2008 | Reply
nice tips..
sy sblm ni pun byk beli ebook tp byk juga yg tak baca habis. huhu.. so, lps ni kena fikir betul2 sblm nak beli ebook samada ianya benar2 diperlukan atau sebaliknya.
Azizwan™ | Nov 24, 2008 | Reply
emm..Tips yang amat berguna. Sebelum ini saya pernah beli banyak eBook. Pada awalnya memang semangat nak baca tapi bila dah dapat jadi segan nak baca, bukan saja ebook tapi template, software ingat nak gunakan dengan baik tapi bila dah dapat macam tak terpakai pulak. Hari ni baru start komen ni
Mohd | Nov 24, 2008 | Reply
yess….suatu dilema yang sering terjadi kepada kebanyakan newbie….mcm sya….lepas nie kena pentingkan keperluan dahulu daripada membeli secara membuta tuli….ada baiknya kita praktik dan mahirkan dulu satu ebook yang dah dibeli…then baru pikir nak beli ebook untuk topik yang lain pulak…
hazman | Nov 24, 2008 | Reply
ERmm memang ada banyak produk yg telah dilancarkan dan saya telah pun hantar pertanyaan kat saudara Mawardee produk mana yang sesuai untuk blogger tapi saudara menyuruh saya membaca disini tapi saya tak nampak pun jawapan untuk soalan saya. Biar saya terangkan soalan saya adalah produk yg saudara Mawardee lancarkan atau guna untuk membuat wang dari blog masing² memandangankan kebanyakkan user saudara adalah blogger.
iskandarX | Nov 24, 2008 | Reply
IskandarX,
Untuk blogger, saya cadangkan http://blogsendiri.com.
Di samping ianya adalah panduan asas buat blog, kat bonus percuma produk ni, saya dah berikan panduan buat duit melalui blog.
admin | Nov 24, 2008 | Reply
sy akan selalu follow tips ni kelak. sebelum ni,
sy pakai tips yg ada dibincangkan dalam
panduan clickbank saja.
lepas ni, boleh combine kesemua tips tu sebelum membeli.
panduancb | Nov 24, 2008 | Reply
yooo…bro..Den setuju bonar dgn tip tu…Konon nak blajar buek side income kat internet & boli macam2 ebook,tapi hampeh bacopun sikit yo lopeh tu simpan buat pekasam yooo…MEMBAZIR yo..tah bilo tah nak abeh baco.Pas ni sendiri mau ingatlah….
adie | Nov 26, 2008 | Reply
thanks for the tips.saya memang dah amal separuh daripadanya.nak tanya camna nak jadi ahli forum wangcyber?
fareez | Nov 28, 2008 | Reply
percuma je, kan? daftar je kt sana.
admin | Nov 28, 2008 | Reply
Terimakasih atas informasi ini………….ARB Dagang
Abdul Rashid | Dec 1, 2008 | Reply
ape2 hal pon kte perlu menilai dgn bijk seblm membeli..
aleh49 | Dec 16, 2008 | Reply
Thanks bro, tips2nya berguna banget…
Alfisyahrin | Feb 14, 2010 | Reply