‘BackUp’ Aset Bisnes Anda!
By admin on Nov 3, 2008 in Tips Perniagaan Internet, Tips Newbie
Salam. Pernahkah anda terfikir, apakah ‘aset’ perniagaan internet anda? Jika ya,
Iaitu aset yang boleh memberikan anda nilai wang pada masa hadapan. Itupun jika anda pandai menjualnya di internet atau anda belajar secara serius bagaimana untuk menjualnya.
Tapi,
Hm. Sebenarnya apa yang saya nak kongsi di sini adalah, anda mesti buat ‘backup’ kesemua aset atau fail-fail perniagaan anda. Bagi yang dah merasa padahnya, mungkin sudah tahu dan akan buat ‘backup’. Tapi bagi yang masih baru dengan kerja-kerja menguruskan komputer anda, saya nasihatkan anda buat backup. Kalau saya, saya akan simpan dalam DVD, sebab baru-baru ni agak banyak fail saya hilang! Mujurlah saya sempat guna perisian recovery untuk dapatkan semula 60% fail yang dah hilang tu.
Komputer Raja Sham pun pernah dipanah petir! Mujurlah hard disk beliau sempat diselamatkan. Sebabnya, komputer beliau tak dicabut plugnya & ketika tu beliau tak ada kat rumah. Akibatnya, komputer jadi mangsa petir! So nasihatnya, jangan lupa cabut plug jika dah tak guna komputer, terutamanya mereka yang bercadang untuk tinggalkan rumah kerana bercuti.
Bagi saya, aset itulah yang memberikan anda ‘kuasa’ ilmu pengetahuan, kalau yang ada MRR bolehlah anda jual semula dan kaut keuntungan 100%, dan aset itulah yang anda boleh jadikan sebagai bonus jika pembeli membeli melalui link affiliate anda!

Saya juga mengalami masalah kerana membeli external hard disk 250GB yang jenis biasa. Baru-baru ini, satu partition hard disk tersebut mengalami corrupted. Apabila ditanya kawan, rupa-rupanya kena beli hard disk yang wayar extensionnya bukan berbentuk USB (macam hujung muncung pendrive) pada kedua-dua hujung. Kalau salah satu tak mengapa. Kerana bentuk seperti itu cukup longgar dan akan menyebabkan sambungan hard disk cukup senang terputus. Jika ini berlaku, tak mustahil partition external hard disk anda boleh corrupted & rosak, sehingga langsung tak boleh dibuka.
Bila dah sampai tahap macam ni, jawabnya anda kena ‘format’ dan ‘clean’kan kesemuanya dengan sebersih-bersihnya. Kalau saya, saya akan pakai perisian recovery. Ada yang free di internet.
Anda pula bagaimana? Bagaimana anda jaga barang dan ‘aset’ perniagaan internet anda?















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Assalamualaykum saudara mawardee.
Perisian Recovery apa yg kamu guna?
Dan apa yg paling bagus?
Faiz | Nov 3, 2008 | Reply
yang saya gunakan adalah di http://www.recuva.com. PERCUMA sahaja
admin | Nov 4, 2008 | Reply
Owh.. saya simpan dalam dvd bagi produk yang pernah dibeli.. termasuk produk ciptaan sendiri..
am | Nov 20, 2008 | Reply
yea betul kena ada backup… kalo takder backup merana satu alam maya jadinya…
abdfatah | Dec 16, 2008 | Reply