5 Tips Menulis Tajuk Artikel Blog

tips-artikel-blog.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin sesetengah dari anda menyangka tajuk artikel blog hanyalah perkara yang remeh dan hanya menyangka kualiti isi artikel blog adalah segala-galanya.

Jika itu tanggapan anda, anda silap sama sekali.

Tajuk blog yang baik dan menarik boleh menarik perhatian para pelawat blog anda. Ia adalah salah satu bonus yang menarik kepada blog anda, jika anda tahu menulis artikel blog yang menarik.

Antara beberapa tips untuk menghasilkan tajuk artikel blog yang baik adalah :  

1. Menulis dengan menggunakan ayat-ayat seperti : “10 Tips …”, atau “5 Petua Untuk … ” atau ” 10 Cara Untuk … “, atau “5 Senarai Paling …” atau ” Rahsia Untuk ..” atau sebagainya. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan ayat “7 Rahsia Menjaga Hati Pasangan” ataupun ” 10 Tips Mengurangkan Hutang”.

2. Mengoptimasikan tajuk blog dengan keyword yang menjadi sasaran anda. (Keyword adalah perkataan kunci yang BIASA digunakan oleh orang ramai untuk membuat carian di Yahoo, Google atau sebagainya). Sebagai contoh, jika keyword blog yang anda sasarkan adalah “panduan membuat blog” (dan pastikan carian ini agak popular yang dicari oleh orang ramai), maka biasakan menggunakan keyword tersebut untuk membina tajuk blog anda. Sebagai contoh, pada hari pertama, tulislah tajuk “Rahsia Membuat Blog Dot Com Sendiri”. Pada hari kedua, tulis pula tajuk “Membuat Blog Sangat Mudah”. Hari ketiga “Membuat Blog Adalah Wajib.” Hari keempat, “Panduan Penting Untuk Blogger”. Hari kelima ” Jangan Buat Blog Jika … “.

Jika anda menggunakan teknik optimasi enjin carian di atas dengan baik, anda akan mudah mendapat ranking yang tinggi samada di Yahoo, Google dan sebagainya bagi keyword yang anda pilih itu (”Panduan Membuat Blog”).

3. Tulis Tajuk Blog tidak melebihi 7 patah perkataan. Had maksima 7 patah perkataan ini adalah cadangan saya sendiri. Ini bertujuan mengelakkan tajuk artikel blog kita menjadi terlalu panjang yang meleret-leret.

4. Tulis tajuk yang seolah-olah membawa kontroversi. Contohnya, jika artikel blog anda pada hari ini membincangkan tentang bagaimana untuk menulis artikel dan bagaimana mengelakkan penulisan artikel blog yang lemah, tulis tajuk yang kontroversi seperti “Awas! Artikel Blog Yang Menyampah!” Menarik tajuk sebegini, bukan? :)

5. Tulis perkataan PERCUMA pada tajuk artikel blog anda, jika anda ada menawarkan produk / perkhidmatan percuma. Ataupun, jika anda membincangkan tentang tips-tips untuk mendapat motivasi, tulis tajuk blog sebegini, sebagai contoh : “Tips Motivasi Percuma Untuk Anda.”

Ini kerana manusia umumnya sukakan barang/perkhidmatan percuma. :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

7 Comment(s)

  1. Satu tips menarik untuk menulis blog..Harap dapat kongsikan tips2 seterusnya yer

    kuasadua | Dec 24, 2007 | Reply

  2. Hah! Kalau perkataan PERCUMA sayalah orang yang mula-mula baca post tu :D Heheh… Anyway untuk tajuk post ni saya lebih suka kepada tittle yang membuatkan pembaca tertanya-tanya :D

    Labanon | Dec 24, 2007 | Reply

  3. Hi semua. :)

    bagus sekali! ini adalah tip-tip yang bagus sekali untuk akhir 2007 ini!

    saya paling suka tip ke-4. ramai akan terkesima jika tip ini digunakan sebaiknya! sebagai contoh, artikel yang terbaru saya bertajuk “Kita BUKAN Kura-kura! Atau…?”. pasti anda terkesima bukan! malah tajuk sebegini juga menggunakan apa yang dinyatakan oleh Saudara Labanon kita. saya setuju dengan anda!

    tip ke-5 pun best! ramai yang akan mencari apa-apa sahaja yang percuma. dan pada kita, as a usahawan global, jangan hanya yang percuma sahaja dihidangkan. sampai masa nanti, yang percuma ini dapat ditukarganti dengan yang berbayar. mungkin dengan cara yang berbeza. pasti akan dibayar dan terbayar nanti.

    PS: antara tip terunggul: gabungkan kesemuanya!

    PPS: antara kata himah hari ini: “orang yang maju terkehadapan, adalah orang yang melakukan kerja yang sama, dengan cara yang berbeza.” seperti antara kata COACH Azizi Ali, “asalkan anda kreatif dan berusaha lebih, semua akan datang kepada anda.” (termasuklah saudara-mara yang tak pernah dikenali) :D

    “Salam KeBAHAGIAan. :D

    AzamWahid | Dec 25, 2007 | Reply

  4. memang tepat apa anda perkatakan dalam artikel ini….saya cukup berkenan dengan penggunaaan percuma dan rahsia..kerana perkataan itu memang akan menjadi penarik utama bagi pelawat

    kita | Dec 25, 2007 | Reply

  5. ya. kesan psikologi yang kita ‘kena’kan sedikit. :)

    mawardee | Dec 26, 2007 | Reply

  6. kuasadua, insya Allah saya akan tambah tips dari semasa ke semasa.

    labanon, thanks kunjungi blog ni. nampaknya, awak dah tambah satu lagi tips, - tulis tajuk artikel blog yang membuatkan pelawat tertanya-tanya dan ingin tahu lebih lanjut.

    terima kasih, azam, kerana berkongsi tips di ruang komen ni. :)

    mawardee | Dec 26, 2007 | Reply

  7. sama-sama…

    takde hal punya… heheh… :D

    AzamWahid | Dec 26, 2007 | Reply

1 Trackback(s)

  1. Dec 27, 2007: from Free blog tips at Syamsulariff.com

Post a Comment