Berguru Lebih Baik?
By admin on Jul 25, 2007 in Tips, Tips Perniagaan Internet
Assalamualaikum atau salam sejahtera.
Terima kasih kepada para pelawat yang saya kasihi kerana sudi subscribe bagi mendapatkan update artikel di blog ini.
Nampaknya, betullah kata orang, nak ‘istiqamah’ bukan senang. Mungkin sekarang ni, saya boleh update seminggu sekali, walaupun agak payah. Yelah, sibuk sebagai student dan lain-lain lagi. Kalau dulu saya boleh tumpu 95% pada perniagaan internet dan update blog ni, kini saya hanya boleh menumpukan 5% atau kurang daripada itu, kerana sesi pengajian saya dah bermula hampir sebulan dah. Yer, mungkin ini saya tak boleh jadikan sebagai alasan. Apa yang saya boleh buat adalah jadikan ini sebagai cabaran bagi saya.
Saudara-saudari sekalian,
Sebenarnya, untuk menjana pendapatan di internet, perlu ada ilmu yang cukup serta kesanggupan untuk berusaha bersungguh-sungguh. Tanpa 2 elemen penting ini, amat sukar untuk memulakan perniagaan di internet.
Tetapi, kita tidak seharusnya mengenepikan pandangan bahawa kita perlu memilih seseorang untuk menjadi mentor kita. Mentor atau pembimbing adalah orang yang sudah mempunyai pengalaman yang baik dalam arena perniagaan internet, yang akan memberikan nasihat dan pandangan kepada kita.
Berusahalah untuk menimba ilmu daripada orang-orang yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan kejayaan dalam dunia internet ini. Tanpa bimbingan, kita akan hadapi banyak masalah seperti ‘overload’ information, dan segala gerak kerja yang selalu tidak kena.
E-book dan perisian yang kita cari di internet (dan kebanyakannya kita boleh download dengan harga percuma taua harga yang murah) semata-mata, tidak cukup untuk membawa kita berjalan dengan baik dalam perniagaan internet. Jadi, carilah seorang atau lebih untuk kita pilih sebagai mentor dan mendapatkan nasihat berguna bagi mereka.
Antara cara alternatif mencari mentor, kita boleh juga banyak melibatkan diri dalam forum perniagaan internet yang sah seperti WangCyber.Com. Banyak input yang boleh kita perolehi di sana. Ini kerana otai-otai dalam perniagaan internet dan program buat duit internet, banyak berkongsi ilmu dan pengalaman di sana. Mungkin ada banyak lagi forum yang kita boleh libatkan diri untuk mencari ilmu samada dalam bidang internet marketing mahupun bidang yang berkaitan dengan fokus/ niche kita. Jangan malu untuk bertanya. Bak kata orang, “malu bertanay, sesat jalan.”
Selain daripada itu, kita boleh juga banyak berkenalan dengan blogger-blogger lain dan bertukar-tukar pendapat dengan internet marketer yang lain, tidak kiralah samada mereka masih newbie (baru) dalam bidang perniagaan internet ataupun sudah lama, kerana ini akan mencambahkan lagi banyak idea. Bukan itu sahaja, komuniti perkenalan yang kita bina melalui sikap ihlas saling berkenalan dan bantu-membantu, akan memeberikan kita benefit dan faedah pada masa akan datang.
Bagai mana dengan pendapat anda? Apakah pantang-larang yang perlu kita hati-hati dalam hal-hal ini? Mungkin anda semua boleh tinggalkan komen dan pendapat anda di sini. ![]()















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







mane amik template ni?lawa la
dumor | Jul 26, 2007 | Reply
saya ucapkan tahniah kepada saudara…walaupun seorang student tapi masih boleh still menceburkan diri dalam bidang internet…semoga saudara maju
sabri | Jul 27, 2007 | Reply
Sabri, terima kasih atas sokongan awak.
Dumor, kalau nak template blog ni, boleh dapatkan di easywordpress.com.
admin | Jul 27, 2007 | Reply
Satu nasihat yang baik ! Apa pun pekerjaan, ilmu adalah tunjangnya. Namun mencari kesempatan untuk menambah ilmu itulah yang amat mencabar. Terkejar-kejar untuk membaca ebook, melawat blog orang, mengemaskinikan blog sendiri, membuat promosi… Namun ianya adalah pengalaman yang menyeronokkan dari duduk menonton TV atau bersembang di kedai kopi !
KA'AB | Jul 29, 2007 | Reply