Berjimat & Berhemah Boleh Jana Pendapatan

Salam & selamat sejahtera. Semoga anda semua sihat hendaknyer. Ramai orang menyangka, kita menjana pendapatan apabila kita dibayar gaji, atau menerima pembayaran dari produk yang kita jual atau pembayaran di atas perkhidmatan yang telah kita berikan. Tetapi, tahukah anda, bahawa apabila anda berjimat, anda juga boleh menjana pendapatan?

images1.jpg

Malah, tanpa disedari, anda akan dapati, anda adalah seorang yang kaya-raya dan telah menjana pendapatan yang terlalu lumayan, hanya dengan berjimat! Hm, dah pening kepala dengan kata-kata ini? Baiklah. Analoginya mudah sahaja. Begini…

Dalam sehari, andai kata anda berbelanja RM 5 untuk setiap kali makan dan anda makan hanya 2 kali sehari. Sebagai contoh, supaya anda faham jer. Boleh ikut lagi dengan penerangan saya? Baik. Seterusnya.

Apa kata kalau anda hanya minum air batu kosong yang percuma. Jika sebelum ini, anda minum air milo ais setiap kali makan, anda bayangkan jika anda gantikan air milo ais anda dengan air batu kosong atau ais kosong. Jika di KL, air batu kosong harganya 20 sen, dan air milo ais pula berharga RM 1.50. Jika anda mengubah tabiat daripada minum air milo ais kepada ais kosong (ais kosong sedap juga sebab ianya sejuk, malah baik untuk kesihatan) pada setiap kali makan, anda elah berjimat RM 1.30 bagi setiap kali makan. 2 kali makan bagi setiap hari, bermakna anda telah berjimat RM 2.60 setiap hari. Jika satu bulan, berapa? 30 hari sebulan x RM 2.60 = RM 78.

Bagaimana pula dengan setahun? 365 hari setahun x RM 2.60 = RM 949.00 ! Percaya atau tidak, dalam tempoh setahun, anda telah menyelamatkan hampir RM 1,000 hanya untuk makanan. Anda telah ‘menjana pendapatan’ RM 1,000 hanya dari penjimatan pada makanan sahaja. Ini baru dalam bab berjimat dalam pemakanan.

Bagaimana kalau anda berjimat penggunaan elekrik setiap masa, membeli pakaian dengan harga sederhana dan simple, membeli kereta yang sederhana walaupun anda mampu membeli BMW, berjimat dengan tidak melanggan ASTRO dan sebagainya! Bayangkan berapa banyak wang yang anda telah ‘jana’ dalam tempoh setahun, jika anda pandai berjimat!

Memang sukar untuk bersikap jimat-cermat. Tetapi, saya sarankan agar berbelanja dengan berhemah dan usah boros berbelanja. Dan janganlah pula terlalu kedekut. Pandai-pandailah berbelanja dengan bijak dan sederhana..

Saya telah buktikan betapa hebatnya kuasa berjimat dan berbelanja secara berhemah. Semoga anda semua berjaya dalam menjadi pengguna yang bijak. :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment