Fokus & Tumpu
By admin on Jun 7, 2007 in Tips, Niche
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni agak terkejut. Sebabnya, lesen memandu yang saya buat, tak perlu lagi dapatkan lesen P. Saya terus dapat ‘lesen besar’. Sebabnya, saya dah ada ‘lesen besar’ untuk motorsikal. Alhamdulillah. Mudah je Allah bagi untuk urusan ni.
Baiklah. Tajuk artikel hari ni :
Fokus dan Tumpu”
Sebenarnya, maksudnya sama je. Fokus atau tumpu, membawa maksud kita ada sasaran yang jelas dan memberikan konsentrasi atau tumpuan yang baik kepada sesuatu perkara. Jika dalam istilah ‘internet marketing’, ia bermaksud niche. Fokus pada satu bidang perniagaan/ perniagaan internet.
Ramai internet marketer menyarankan kita FOKUS pada satu jenis perniagaan pada satu-satu masa. Satu je??
Mungkin ada yang tertanya-tanya : “kenapa nak ada niche pada satu perkara?”
Dan tak kurang pula yang menjawab : “ala, makin banyak bidang perniagaan internet yang kita ceburi, maka makin banyak peluang nak raih pendapatan lumayan di internet!”
Hm, mungkin betul apa yang mereka katakan. Tetapi itu hanyalah teori atau falsafah semata-mata. Hakikat atau realitinya, buat kerja yang banyak dalam satu-satu masa, belum tentu boleh hasilkan kejayaan. Maksud saya, bila kita tumpu banyak jenis perniagaan pada satu-satu masa, maka kita tak ada niche (fokus).
Apabila tak ada fokus, sudah tentu kerja yang dihasilkan tak berkualiti. Semuanya akan jadi ’sampah’ (maaf kalau saya terlalu kasar) kalau tak berkualiti dan tak hasilkan apa-apa dari kerja kita yang tak berkualiti.
Ada bagusnya mempunyai niche yang betul dan tetap. Apabila kita ada niche, kita akan tumpu 100% pada niche tersebut. Perkara yang dilakukan dengan 100% segenap daya kita, sudah tentu akan menghasilkan perkhidmatan atau produk atau hasil kerja yang berkualiti. Apabila ianya berkualiti, maka ramailah pelanggan atau pembeli yang akan berminat membeli daripada kita.
Yer, kualiti adalah perkara yang penting. Tak dinafikan juga, ada yang mempunyai masalah kerana ‘overload information’. Bagi yang kurang pengalaman dalam bidang perniagaan internet, terlalu banyak maklumat akan membuatkan fikiran atau otak mereka ‘tepu’ dengan terlalu banyak idea perniagaan. Bila ini terjadi, yang malangnya adalah mereka tidak tahu di mana hendak bermula.
Tak tahu di mana nak bermula? Yer, tak tahu di mana nak mulakan perniagaan internet, sebab terlalu banyak idea. Jadi, untuk mengatasi masalah ni, anda seharusnya bijak memilih 1 fokus bidang yang ingin anda ceburi. Pilihlah apa sahaja. Bukan yang terbaik pun tak apa, asalkan ia berkaitan dengan minat anda dan anda FOKUS pada bidang kerja tersebut.
Kerja yang fokus, lama-lama akan menjadikan kita matang dalam menjalankan perniagaan internet. Datanglah banyak mana idea pun dan cadangan dari kawan-kawan untuk memulakan bisnes baru yang lain, pendirian anda tidak harus goyah. Buat kerja yang sedang anda tumpu tersebut, sehingga berjaya. Bila dah berjaya, barulah tambah jenis perniagaan yang lain.
Lepas buat satu kerja sampai siap dan berjaya, barulah pergi ke bidang perniagaan internet yang lain pula. Ingat, bidang perniagaan internet amatlah luas. Bukan semata-mata ‘internet marketing’ je..
Semoga anda berjaya dengan niche yang anda pilih. Tak kisahlah bagaimana anda memilihnya. yang penting, anda buat. Yer, buat. Buat dan buat.
P/s : Tetapi tak dinafikan, kadang-kadang, fokus kita agak tersasar. Itu perkara biasa. nak fokus pada dua perkara pun boleh. Asalkan, jangan terlalu banyak. nanti, kerja terbeban dan jadi tak berkualiti.
P/ss: Sekarang, baru saya sedar pentingnya niche. Sebab nilah saya tulis artikel ni pada kali ni. Anda pula bagaimana? Apa niche anda? Jom sama-sama kongsi niche yang anda pilih, di ruang komen artikel blog ini…


















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Ya benar, kita mestilah betul-betul ‘power’ kalau nak fokus untuk banyak perkara. Tapi kalau dalam bidang bisnis-bisnis online ni fokus untuk satu perkara je pun dah kira cukup bagus…
Sazkul | Jun 9, 2007 | Reply
Yer, tak salah kalau nak fokus banyak perkara. Macam awak cakap la, kena ‘power’. Bagi saya, bila dah stabil, barulah kembangkan dan tambahkan bidang lain..
admin | Jun 9, 2007 | Reply