Memiliki Biz Kad Untuk Blogger
By admin on Apr 6, 2008 in Tips, business, Tips Blogger
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Rata-rata dari kalangan kita, bila menyebut tentang business card, sudah tentu kita membayangkan ianya hanya sesuai untuk ahli perniagaan sahaja (businessman). Tapi sebenarnya tanggapan ini kurang tepat. Malah sepatutnya kita semua mempunyai business card sendiri.
Apakah tujuan sebenar business card?
Antara lain, ia bertujuan memberikan maklumat kerjaya kita dan no contact kita kepada orang lain, supaya kita boleh berhubung semula dengan beliau.
Business card yang saya maksudkan ini, biasanya digunakan secara offline, iaitu dalam dunia realiti. Bagi para blogger pula, ia turut mempunyai faedah yang tersendiri. Antaranya yang saya boleh selitkan di sini adalah :
(1) Memberikan nombor contact kita kepada orang lain secara professional, agar mereka dapat menghubungi kita kelak. Malah, saya pun pernah mendapat business card yang Raja Adsense, saudara Sham bagi.
(2) Sebagai makluman secara ‘indirect’ kepada orang lain, bahawa anda adalah seorang blogger (penulis blog). Kadang-kadang, mungkin anda berasa malu atau agak segan untuk terang-terang memberitahu secara lisan kepada orang lain bahawa anda adalah seorang blogger. Oleh itu, letakkan pada business card anda, nama & dan kerja sambilan anda sebagai seorang blogger.
(3) Sebagai cara meningkatkan trafik. Kaedah memberikan business card ini, adalah kaedah offline. Ianya juga berkesan untuk meningkatkan trafik ke blog anda. Oleh itu, anda perlulah letakkan URL alamat blog anda, pada kad business anda. Percayalha, kebanyakan trafik yang datang melalui kaedah ini, adalah trafik yang berkualiti.
(4) Sebagai cara ‘branding’ imej dan nama anda. Teknik ‘branding’ kini adalah teknik yang semakin popular yang diperlopori oleh banyak usahawan internet di Malaysia, seperti Irfan Khairi, Irwan Dahlil, Zamri Nanyan, Shuhaimi Wang Cyber dan ramai lagi, yang kerap kali muncul di TV dan radio untuk membina karisma dan populariti. Namun, kaedah memberikan business card kepada orang lain juga, adalah salah satu teknik ‘branding’ yang agak berkesan, walaupun mengambil sedikit masa dan tidak berlaku proses yang besar-besaran.
(5) Memberikan business card juga, sebagai satu cara untuk mengelakkan anda terputus hubungan dengan prospek yang berpotensi tinggi. Prospek berpotensi tinggi boleh dinilai melalui kecenderungan mereka dengan bidang/ niche kita sebagai blogger, atau juga kecenderungan mereka dengan bidang blogger secara umumnya.
Cuma di sini, saya ada 1 soalan yang boleh kita bincangkan.
- Perlu ke kita memilih orang untuk memberikan business card milik kita? Kata orang, nak mengelakkan membazir.
Apa pendapat anda?
PS : Miliki blog anda sekarang dengan melayari, www.blogsendiri.com. Langkah mudah yang terbukti berkesan.
PPS : Jika ingin memiliki business card sendiri dengan harga RM50 untuk 250 keping, dengan kualiti kertas yang terjamin, layari link di wangcyber : Klik Sini.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Saya dalam proses design card business.. Biasanya saya tak memilih.. beri je pada rakan2.. dan customer..
Tapi sambil beri tu explain la yg kita tgh buat apa.. kalau beri jer mmg rugi.. tapi saya lebih prefer beri pada customer berbanding rakan biasa..
En Dlie | Apr 8, 2008 | Reply
Hari tu berjalan2 dengan mentor aku(www.shamsuddinkadir.com) kat pesta buku.. Setiap orang yang dia berbual dia akan bagi bisnes card… Kalau borak lagi lama(dalam 15 minit ke atas), dia akan bagi satu lagi bisnes card.
“Satu lagi bisnes card ni saudara tolong bagi kepada kenalan saudara yang ingin buat program seperti kewangan ……”
Panjang lagi ayat dia. Hehe.
Azree Hanifiah | Apr 18, 2008 | Reply