Promosi Tanpa Kos

Assalamualaikum atau salam sejahtera.

Bulan Ramadhan semakin menghampiri akhirnya. Dan Hari Raya mula menjelang tiba.
Kepada kawan-kawan saya yang Muslim, jangan lupa untuk tambah amalan mencari kemuliaan lailatul qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. 1000 bulan adalah bersamaan 83 tahun 4 bulan.
Cuba bayangkan betapa besarnya ganjaran Allah jika kita mendapat fadhilat malam lailatul qadar tersebut. Dengan syarat, berusaha menambah amalan pada setiap malam Ramadhan bermula hari ini. Manalah tahu, antara yang malam-malam akhir ni, dapatlah kita meraih ganjaran tersebut pada salah satu malam yang kita tidak tahu yang mana satu tu.

Baiklah. Hari ini saya ingin utarakan tentang promosi offline.

Sebagaimana yang kita tahu, perniagaan internet adalah perniagaan yang berasaskan internet dan urusan secara online. Dan blog itu sendiri menggunakan online. Online bermaksud berurusan menerusi internet.
Dan mungkin ramai di kalangan kita yang menumpukan pada promosi menerusi internet apabila ingin menjalankan perniagaan internet. Sama ada melalui forum internet, iklan-iklan di blog, promosi melalui laman web dan sebagainya.
Tapi, tahukan anda bahawa promosi melalui offline juga tidak perlu kita tinggalkan?

Mungkin ramai yang mengatakan promosi melalui offline memakan banyak duit perbelanjaan dan kos yang perlu ditanggung.
Contohnya seperti mengedarkan pamplet beribu-ribu keping, membuat iklan di surat khabar dengan bayaran beberapa ratus ringgit, menyiarkan iklan di tv dan sebagainya.
Memang betul ini semua sebahagian daripada cara promosi melalui offline. Tapi ini adalah cara yang memerlukan sedikit modal.

Tetapi, anda semua perlu tahu bahawa ada kaedah promosi offline yang tidak memerlukan kos langsung! Percaya atau tidak ? :)

Banyak cara promosi melalui offline tanpa kos. Sebagai contoh, saya memiliki blog ini. Saya menulis artikel dan sebagainya dalam blog ini. Untuk memastikan lebih ramai datang ke blog saya, saya kadang-kadang berbincang dengan sesiapa sahaja yang berminat surf internet, membuat blog dan sebagainya, di kalangan kawan-kawan saya.
Dan sudah tentu, biasanya saya akan selitkan dalam perbualan dengan menceritakn blog saya ini. Alhamdulillah, hasilnya agak baik, kerana ada yang setia melawat blog ini.
Ya, hanya dengan bercakap. Adakah bercakap memerlukan kos? Oh, semestinya tidak. :)

Bukan itu sahaja. Kadang-kadang, kita perlu bijak mengambil peluang menjual secara offline dan menjualnya (sebagai contoh) di karnival atau fiesta yang dianjurkan berhampiran kawasan kita.
Sebagai contoh, saya pernah menempah satu tapak gerai pda saat-saat akhir untuk menjual CD Kit Blogger dan CD Koleksi Perisian. Dengan kos sewa tapak yang murah, saya berjaya mencipta peluang untuk bercerita dan menerangkan tentang dunia blogging melalui lisan kepada kawan-kawan saya dan kenalan saya serta para pensyarah yang berkunjung ke festival mini tersebut.
Hasilnya, jualan amat memberangsangkan.. :) Alhamdulillah.

Jadi, saya harap anda semua tidak melupakan terus kaedah untuk mempromosikan laman web, blog atau perniagaan internet anda melalui kaedah offline.
Kadang-kadang, ia lebih berkesan kerana penerangan kita akan membetulkan salah faham mereka terhadap perniagaan internet, malah kadang-kadang lebih berkesan dripa online. :)
 

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment