Cipta

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi usahawan internet, malah untuk blogger sekalipun, mereka perlu mempunyai identiti tersendiri. Identiti ini akan membezakan kita dengan orang lain, membina kredibiliti kita di hadapan orang lain dan sekaligus membolehkan ramai orang mengingati kita.

Terdapat beberapa cara, yang saya rasa ramai di kalangan kita sudah mengetahuinya, cuma belum disenaraikan dengan baik. Di sini saya suka untuk kongsi dengan anda semua beberapa tips untk membina ‘keunikan’ kita sendiri.

Pertama, menggunakan nama ‘nickname’ yang mudah diingati. Contoh yang paling mudah adalah Smart Zul dan Team Flarebiz. Anda pun boleh cuba mereka satu nama agar mudah diingati dan mempunyai ‘keunikan’ tersendiri.

Walau bagaimana pun, ada juga yang hanya menggunakana nama penuhnya, seperti Irfan Khairi dan Azizi Ali. Itupun jika nama anda tidak terlalu panjang dan tidak terlalu kompleks (maafkan saya jika ada yang terasa ye. Bukan nak buat sesiapa terasa pun, Just perkongsian). Malah, nama saya Mawardee pun, memang dah tak ada sambungan lain dah lepas nama ni. ;)

Kedua, mempunyai laman web atau blog utama sebagai trademark. Jika saya, mungkin blogsendiri.com ini sebagai blog utama saya. Bagaimana pula dengan anda?

Ketiga, membuat tandatangan online sendiri, atau signature sendiri. Ini bertujuan menunjukkan anda mempunyai identiti tersendiri. Anda boleh letakkan tandatangan anda yang dah di’customize’ dengan paten yang tetap, pada akhir laman web jualan anda, atau pada pengenalan dalam ebook pdf anda, atau pelbagai lagi cara anda yang tersendiri untuk meletakkan ’signature’ anda. Ini signature baru saya, yang saya akan gunakan sampai bila-bila untuk urusan online :

signature.jpg

Untuk membuat signature anda sendiri, anda boleh mencipta sendiri dengan PERCUMA di link berikut :

http://www.mylivesignature.come

Hanya ikut langkah yang mereka sediakan satu persatu, dan anda akan perolehi tandatangan anda itu dalam format fail .jpg dengan segera. Mungkin ini alternatif yang baik bagi mereka yang tidak mahu menggunakan Adobe Photoshop dan tidak tahu font tulisan yang sesuai untuk membuat tandatangan anda sendiri. :)

PS : Pakej Grafik beserta Video Tutorial dan Lesen MRR, hanya tinggal 12 stok sahaja lagi. Layari :

www.myproecover.com/pakejgrafik

PPS : Anda dijemput menyertai program affiliate Kit Blogger dengan komisen RM30 bagi setiap jualan yang berlaku hasil jualan anda. Klik sini untuk maklumat lanjut : www.blogsendiri.com

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

6 Comment(s)

  1. terima kasih atas infonya
    saya juga tertarik untuk membuat signature sendiri

    terima kasih banyak ya mas :)

    R'Kurniawan | Apr 24, 2008 | Reply

  2. ya, bagus azam tu. Bukan payah pun. saya dulu pun tak konsisten dengan signature saya. ;)

    admin | Apr 24, 2008 | Reply

  3. A’km..

    Tips yang bagus dan mantap.
    Cuma ade sedikit saja saya nk tegur..

    kat paragraph last skali tu .. tolog betulkan links anda..

    “PPS : Anda dijemput menyertai program affiliate Kit Blogger dengan komisen RM30 bagi setiap jualan yang berlaku hasil jualan anda. Klik sini untuk maklumat lanjut : www.blogsendiri.com”

    www.blogsendiri.com - broken link

    ok.. papepun all the best !

    shuk12ie | May 14, 2008 | Reply

  4. hmmm satu lagi broken link

    PS : Pakej Grafik beserta Video Tutorial dan Lesen MRR, hanya tinggal 12 stok sahaja lagi. Layari :

    www.myproecover.com/pakejgrafik

    shuk12ie | May 14, 2008 | Reply

  5. thanks Mawardee. :D

    p/s: tahniah kepada Mawardee ke atas template baru ni. cantik. :) tapi… kenapa Mawardee tidak letakkan button rss feed? letaklah ya… supaya ramai akan ketahui perkembangan blog ini terus melalui emel. :)

    copernicus | Jun 18, 2008 | Reply

  6. ni yg best ni..boleh buat signature lah pas nih

    zaidi | Jul 18, 2008 | Reply

1 Trackback(s)

  1. May 8, 2008: from Lagi Tips Dalam Buat Blog « Alam Maya - Kehidupan tanpa sempadan

Post a Comment