Backlink

Assalamualaikum atau salam sejahtera. Sebagaimana yang saya janjikan, hari ni jom kita bincang pasal “Backlink”.

Bagi kepada sesiapa yang dah tahu, anggaplah ini sebagai ulangkaji. :)

Back link boleh dikatakan sebagai :

Link laman web / blog kita,

berada di laman web /blog orang lain

Mempunyai banyak backlink, dianggap oleh enjin carian sebagai blog yang popular dan penting dalam bidang anda. Mempunyai backlink yang banyak, akan berada di kedudukan lebih atas (dalam senarai enjin carian) daripada yang tiada backlink langsung atau sedikit sahaja. Backlink telah digunakan oleh Google untuk menentukan PR (page rank) sesuatu laman web atau blog.

Secara mudah difahaminya, backlink adalah link satu hala ( Blog A hanya mempunyai link ke Blog B, tetapi Blog B tidak menyediakan link ke Blog A) dan bertukar-tukar link pula adalah mempunyai link dua hala (Blog A meyediakan link ke blog B dan Blog B menyediakanlink ke Blog A di blog masing-masing).. Harapnyer fahamlah ye? :)

Antara backlink dan bertukar-tukar link, yang manakah lebih baik? Sudah tentu, mempunyai backlink adalah lebih baik daripada bertukar-tukar link. Tetapi, ia tidak bermakna bertukar-tukar link tidak bermakna. Adalah lebih baik jika mempunyai kedua-dua ini, kerana lebih baiklah kedudukan kita di enjin carian.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana untuk mendapat backlink? Adakah dengan meminta pemilik blog tersebut menyediakan satu link sahaja ke blog kita tanpa kita menyediakan link blognya pula? Oh, sudah tentu ini tidak boleh. Siapa yang akan berbuat begitu kalau mereka pun tak dapat manfaat langsung? Ingat senang ker nak bagi backlink pada seseorang. Lagi-lagi kalau tak dikenali atau baru pertama kali jumpa.

Jadi, agak-agaknya lah, macam mana nak dapatkan backlink sebanyak mungkin? baiklah, saya bongkarkan rahsia yang bukan rahsia lagi :

1. Tinggalkan komen di blog orang lain sebanyak mungkin. Jika anda ingin meletakkan komen, sistem blog akan meminta anda menulis URL laman web atau blog anda. Jadi, inilah dia backlink! Tanpa meminta pemilik blog tersebut menyediakan backlink ke blog kita, kita dapat mempunyai backlink di blog tersebut ke blog kita! Oleh sebab itu, jangan lepaskan peluang untuk menjadi ‘tukang komen paling aktif’ di blog-blog orang lain, kerana semakin banyak komen yang kita tinggalkan, semakin banyak backlink yang kita dapat. Mudah, bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Jom ramai-ramai tinggalkan komen di blog ini.. :)

2. Reka atau cipta sendiri satu theme contohnya theme atau template untuk blog wordpress. Kenapa? Rahsianya mudah sahaja. Begini. Apabila anda mencipta satu theme, anda boleh menyediakan satu link blog anda, di akhir theme atau template blog tersebut. Kemudian, anda sebarkan kepada sesiapa sahaja (theme wordpress dan plugin untuk wordpress tak boleh dijual, kerana ianya open source). Semakin ramai yang guna theme tersebut untuk blog mereka, maka semakin banyaklah backlink yang anda dapat! Yer, backlink tersebut berada di paling bawah theme tersebut. Tetapi, mungkin agak sukar bagi kita untuk mencipta theme untuk wordpress sendiri. Cuma, apa yang saya nak bagitau, tak sia-sia jika anda mahirkan diri dengan mencipta theme wordpress sendiri. Anda ada faedah yang lebih besar.. :)

3. Bertukar-tukar link. Ini telah dibincangkan pada artikel lepas.

4. Membina komuniti sesama blogger untuk berpakat bertukar-tukar link, sebagaimana projek MyList yang dikendalikan oleh Daryl Lau. Bagaimana pun, cara ini kurang selamat kerana telah terjadi beberapa kes di mana mereka telah di’blacklist’ dan jatuh nilai PR (Page Rank).

5. Buat artikel hebat dan menarik serta unik. Macam mana tu? Begini. Jika anda berjaya menghasilkan artikel blog yang berkualiti, unik dan menarik, sudah tentu ramai yang tertarik. Jika ini terjadi, maka mereka turut akan membicarakan tentang artikel kita tersebut. Dan mereka akan menyebut nama kita dan memberikan backlink pada artikel tersebut sebagai ‘reward’ dan ‘penghargaan’ mereka kepada usaha kita kita menghasilkan artikel yang menarik..

Dan begitu jugalah kita. Jika ingin mengambil isi artikel orang lain atau membuat ulasan artikel blog oreang lain, usah rasa ‘kedekut’ untuk menyediakan satu link di artikel anda tersebut. Secara tidak langsung, jaring komuniti blogger akan terus melebar dengan baik dan ikhlas..

Percayalah cakap saya, anda akan mendapat ‘kredit tambahan’ di kemudian hari. ‘Kredit tambahan’ yang saya maksudkan adalah ikatan persahabatan dengan mereka dan bila kita mempromosi sesuatu produk (sebagai contoh), mereka akan sudi membantu kita tanpa meminta wang. Itupun jika anda benar-benar ikhlas memberikan penghargaan kepada mereka dan membina jaring komuniti blogger yang baik dengan blogger-blogger yang lain.

Jadi, ini adalah 5 asas penting yang boleh kita laksanakan untuk kebaikan blog kita. jangan berlengah lagi untuk mendapatkan backlink sebanyak mungkin yer … :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

24 Comment(s)

  1. Menarik artikel ni Mawardee tq

    Maizul | Jun 15, 2007 | Reply

  2. Thanks, bro Maizul kerana selalu bagi komen.. Menarik? Oh, biasa jer sebenarnya. Sama-sama :)

    admin | Jun 15, 2007 | Reply

  3. ooooooooooo…. begitu rupanya. info yang bagus untuk mereka yang mahukan trafik yang tinggi dengan hanya menggunakan backlink…

    sekian terima kasih.

    abdfatah | Jun 16, 2007 | Reply

  4. Askm Mawardee, terima kasih untuk info yang mudah difahami dan yang Ktom cari2 selama ni…hehehe…selama ni kurang faham tapi skrg syukur alhamdullillah.

    Hehehe, nampaknya kali ni bila pi setiap blog kena tinggal komen lah ya…

    ktom | Jun 16, 2007 | Reply

  5. Ye, Ktom. Macam tu lah blogger sejati. :)

    admin | Jun 16, 2007 | Reply

  6. thanks 4 ur info..

    poji | Jun 18, 2007 | Reply

  7. you’re welcome, poji. Kalau poji ada apa2 nak kongsi, just tinggalkan mesej di blog ni.. Ok, apa-apa pun, gudluck pada semua.. :)

    admin | Jun 18, 2007 | Reply

  8. Thanks mawardi.. betul kata kamu tu, 1 kita memberi bersamaan 10 ganjaran pahala..Insyallah.. 1 back link kita masukkan kat org, 10 backlink yg kita akn dpt blk..pokoknya yakin..:0)

    suhail | Jun 18, 2007 | Reply

  9. Ye, suhail. Kita takkan dapat apa2 kalau tak memberi apa2.. :)

    admin | Jun 19, 2007 | Reply

  10. Memang inilah teknik yang semua blogger professional buat. Teknik ini memang berkesan menaikkan pagerank dalam Google.

    Paypal2u Bloggers | Jun 20, 2007 | Reply

  11. memang bagus idea bro maizul ..terima kasih,…!!
    klu ada idea2 yg bagus ..bleh ler kongsi skit,,

    redline | Sep 4, 2007 | Reply

  12. sedang berjuang menaikkan “PR”..dari dulu selalu “nol”..hiks..hiks..makasih infonya..sangat membantu..

    jodi | Apr 2, 2008 | Reply

  13. Tq la Mawardee,

    Sudah lama saya cari info yang lebih dalam mengenai backlink nih.. dah banyak sy baca tak tak berapa paham maksud backlink.. dengan keterangan dari pihak anda dapat la sedikit sebanyak kefahaman sy nih…

    Abu | Jul 17, 2008 | Reply

  14. lagi mahal kalau backlink yg kita dapat tu dengan perkataan keyword kita lagilah si google tuh suke

    zaidi | Jul 18, 2008 | Reply

  15. tuker link donk….., blogger baru nih….

    Joe | Jan 15, 2009 | Reply

  16. nak bertukar link nih..sy dh add blog awk dlm blog saya..terima kasih

    fcsd | Jun 22, 2009 | Reply

  17. mmm…tapi link yg nak tukar tue kalau boleh biarlah link yg berkualiti…

    mydailyblog.info | Aug 7, 2009 | Reply

  18. hurmmm…terima kasih utk maklumat yang sgt brgna..tp mmg diakui r nk dpt kn backlink mmg perit..

    1soalan utk tuan pnya blog..pe yg dimaksudkn platform wordpress mesra seo..??

    amier | Aug 26, 2009 | Reply

  19. yupp…betul tu , backlink tu penting utk improve blog kite..

    encikbeliau | Aug 29, 2009 | Reply

  20. iyer..betul tu encikbeliau..saya setuju..tp skang nie dah ramai owner blog dah tukar jadi nofollow..

    kerryzuedy | Oct 22, 2009 | Reply

  21. Tq Mawardee..info yg menarik.paham jugak saya akhirnya pasal backlink ni..

    No Scar | Dec 27, 2009 | Reply

  22. Ooo..baru la tau, gitu upernyer..
    maklum lah masih jahil lagi pasal menda2 ni sume..blogging main belasah je heheh

    lefthanded | Jan 7, 2010 | Reply

  23. thank for ur information, but when doing backlink, pls make sure u link to “dofollow” blog. Only “dofollow” link would increse ur pageranking.

    YTechCity | Mar 9, 2010 | Reply

  24. info yang menarik
    Thanks!!~

    jom kita tambah backlink kawan2 :)
    http://simiey.blogspot.com/2010/04/610351562-backlink-ke-blog-anda-hanya.html

    simieY | Apr 28, 2010 | Reply

Post a Comment