Berangan
By admin on Apr 18, 2007 in Umum
Salam. Mula-mula tengok gambar ni. Mungkin ada yang bercita-cita nak dapat anak yang sejak kecil lagi, pandai, advance & mungkin dah reti baca surat khabar, seperti baby dalam gambar ni.hm.. Bukan nak sembang pasal baby ni, tapi pasal angan-angan. Bila Ktom bagi komen tentang perlunya ada angan-angan. Ye, saya setuju bahawa angan-angan perlu. Kenapa? Hm, memanglah Nabi SAW sendiri melarang kita berangan-angan kosong yang berlebihan.
Yang saya maksudkan angan-angan yang dibolehkan & perlu, adalah angan-angan BERISI. Bila seseorang berangan, ini bermakna dia ada impian. Impian tanpa azam & tanpa usaha untuk melakukan, akan jadi angan-angan kosong seperti debu yang bertebangan. Sia-sia. Angan sebetulnya adalah diiringi azam kuat & usaha. Smart usaha.
Manusia sekarang boleh terbang di langit & sampai ke bulan, adalah kerana mereka berusaha. Kenapa mereka berusaha? Kerana ianya bermula dari angan-angan. Zaman dahulu, terbang di langit & menjejakkan kaki di bulan adalah mustahil. Siapa yang cakap nak terbang & sampai ke bulan, mungkin akan dianggap gila. Tapi berkat usaha & kesabaran, semuanya boleh jalan. (tapi bukan dengan jalan salah seperti mengamalkan sihir -berdosa!
)
Ibnu Firnas menjadi pencetus teori penerbangan, kerana merasakan tak mustahil perkara ni boleh berlaku. Malangnya, kemudiannya sebahagian hasil kajiannya dicuri & hilang entah ke mana. tapi, selepas tu, muncul lah adik-beradik Wright yang dijulang dunia sebaga hero membuktikan manusia boleh terbang (dengan pesawat la). Bukan nak tuduh siapa-siapa @ apa-apa, yang penting, nak bagitau kepada saya sendiri & kawan-kawan - angan-angan memulakan segalanya.
Malah, sebahagian hasil kejayaan hari ni, bermula dari angan-angan dan idea yang gila-gila + tak logik. Berangan-anganlah untuk kejayaan (psstt..diiringi azam & usaha).
Mawardi : Kalau ye pun, takkan dalam tandas pun baca akhbar. Saham jatuh lagi ke, adik? :)















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment