Datang Dari Jauh Demi 16 Mei
By admin on May 16, 2007 in Umum, Diari
Salam & selamat sejahtera. Sedang saya melayari internet, tiba-tiba datang 2 orang kawan saya. Salah seorangnya dari Negeri Sembilan. Fuh,datang dari jauh! Terkejut juga. Namun, setelah menyambut mereka, saya mencadangkan agar bermain ping pong. “Boleh juga,” kata mereka.
Sedang kami asyik berbual sambil bermain, akhirnya saya dapat juga menangkap sebab sebenar dia datang ke Terengganu ni. Oh, dia nak jumpa bekas guru-guru sekolahnya yang pernah mengajarnya selama ni dan dia ingin mengucapkan selamat hari guru kepada mereka. Wah, bagusnya. Sanggup datang dari jauh semata-mata bertemu dengan bekas guru-gurunya! Rasa kagum juga.
Hari ni, 16 Mei. Sambutan hari guru tentunya sedang disambut meriah di sekolah-sekolah seluruh negara. Tanpamu guru, siapalah kami. Malah, kita dapat menyertai perniagaan internet & program cari duit di internet ni pun, semuanya adalah jasa guru-guru yang mengajar kita mengenal huruf dan memberi kita ilmu buat bekal di dunia & akhirat. Semoga jasamu guru dibalas-Nya jua.
& bagi saya, saudara Zul juga guru saya. Guru untuk perniagaan internet. Bagaimana dengan anda semua pula? Mungkin boleh berkongsi pengalaman anda semua bagaimana menyambut Hari Guru ni. @ anda semua dah lupa guru-guru anda?
(gurau je).















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Thanks mawardee. Saya hanya berkongsi ilmu sahaja. Guru tu tahapnya tinggi. Mungkin saya belum layak dipanggil guru.
Semoga berjaya.
ps. Blog ni ada masalah bold. Cuba perhati dari post ni sampai post2 yg sebelum dan sidebar kat kanan tu. Semuanya bold kan?
Problem ni ada dibincang di forum support di bahagian masalah teknikal. Kalau tak jumpa disccussion tu, PM saya.
smartzul | May 17, 2007 | Reply