Harga
By admin on May 27, 2007 in Umum
Salam & selamat sejahtera. Sejak semalam, rumah saya agak riuh. Ini kerana semalam, satu keluarga semuanya berada di rumah. Mana taknya, kakak dan abang saya yang dah kahwin, berkumpul di rumah, kerana ada beberapa hal penting dan juga urusan kekeluargaan. Urusan kekeluargaan antaranya adalah menghadiri rumah sepupu yang baru jer kahwin semalam, yang kenduri di rumah lelakinya, diadakan pada hari ni. Alhamdulillah, keluarga tak der masalah sebesar sesetengah keluarga yang lain. Mana-mana keluarga takkan dapat lari dari masalah. Yang jadi bezanya, adalah samada masalah kecil ataupun masalah besar yang perlu dihadapi. baiklah. Pada artikel kali ni, bukanlah saya nak utarakan pasal kekeluargaan atau institusi rumah tangga. Saya bukan lah pakar dalam bab ni :p
Tapi nak ulas sedikit tentang isu persekitaran masyarakat kita. Sekarang ni, isu cukup heboh dengan isu kenaikan gaji. Walaupun gaji kakitangan kerajaan telah disahkan akan dinaikkan, tapi gaji belum dinaikkan. Tak silap saya, mungkin Jun atau Julai ini. Yang jadi malangnya, apabila harga barang tiba-tiba melonjak naik! Menangguh di air keruh betul diorang ni. Diorang yang saya maksudkan adalah para penjual.
Kononnya dengan harga barang dan makanan naik, mampu dibeli oleh para pengguna yang mempunyai pertambahan gaji. Ianya bukan soal pengguna mampu atau tak mampu. Ia sangat berkait rapat dengan etika sebagai seorang penjual atau usahawan.
Kenapa nak naikkan harga bila gaji kakitangan kerajaan naik? Adakah kerana kualiti barang mereka bertambah bila gaji kakitangan naik? Atau perkhidmatan mereka makin bertambah bagus dan cemerlang? Atau kerana apa?
Yerlah. Mungkin harga barang naik disebabkan oleh pemborong atau pihak pengilang. Tapi kenapa pemborong dan pengilang naikkan harga barang? Yang jadi sedihnya, tempat kelahiran saya (Terengganu) jadi isu semalam (iaitu di Hiliran), yang menjadi muka depan akhbar Utusan. Harga milo saja dah jadi RM 1.80, lebih mahal daripada harga di ibu kota!
Nilah. Bila mengambil kesempatan, macam-macam sanggup dibuat. Nak jadi usahawan berjaya, kenalah jaga etika, adab dan budi pekerti. Bukan cekik darah dan menyusahkan orang lain. Tak kiralah usahawan ayam ke, usahawan internet ker, atau apa sahaja. asalkan namanya usahawan atau penjual atau yang seangkatan dengannya.
Bukan nak marah. Tapi lihatlah macam mana kejujuran Rasulullah SAW berniaga ketika baginda masih remaja. Di Syam, banyak peniaga yang wujud, malah ada yang sanggup menipu. Tapi, lain pula dengan Muhammad. Dengan kejujurannya dalam perniagaan bersama bapa saudaranya, Abu Talib, perniagaan mereka sangat laris dan mendapat tumpuan masyarakat di sana. Jujur dalam erti kata yang luas, turut merangkumi tidak menyusahkan orang lain dengan harga yang tidak munasabah, sedangkan barang-barang yang dijual tersebut, adalah menjadi keperluan masyarakat, barang asasi atau apa sahaja.
P/s : Orang yang jujur, lebih mudah berjaya. Usaha mereka lebih diberkati.
















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







oh… masalah besar tu, masalah yang akan menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. nak cari duit cepat kononnya…
abdfatah | May 28, 2007 | Reply
Yer, memang masalah, fatah.. Saya pun agak geram dengan sikap orang macam nie. Moga2 kita bukan tergolong dalam golongan macam mereka..
admin | Jun 16, 2007 | Reply