Iklankan Blog Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Jika anda sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog ini, anda akan menemui pelbagai tips & teknik yang berkesan untuk menjana trafik ke blog anda. Antaranya :[1] Meninggalkan komen di blog orang lain.[2] Berkongsi atau bertukar-tukar link dengan blogger yang lain.[3] Menggunakan Technorati.com[4] Meletakkan link blog anda dalam signature forum-forum yang anda sertai.[5] Membina senarai email prospek (mailing list) dengan cara yang betul & ‘bersih’ & mempromosi link blog anda kepada mereka.[6] Dan banyak lagi.Kesemua ini adalah teknik meningkatkan trafik secara percuma. Hampir tiada kos yang diperlukan kecuali teknik ‘mailing list’ sebagaimana yang saya nyatakan di atas.Tetapi, jika anda ingin cepat menjana trafik ke blog anda, anda boleh memilih cara ‘berbayar’. Cara berbayar, biasanya lebih berkesan & cepat. Apatah lagi jika cara pengiklanan yang berbayar, bersifat kekal.Untuk memilih ruang pengiklanan yang terbaik untuk anda, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan. Antaranya :[1] Berapa kos yang mampu anda bayar?

[2] Trafik pengunjung yang anda ingin tarik, adalah sama atau hampir sama dengan tempat ruang pengiklanan yang anda ingin bayar. Ini bagi memastikan trafik yang datang ke blog anda, adalah trafik yang berkualiti. Trafik yang berkualiti, biasanya akan terus menerus datang ke blog anda sebagai pelawat berulang kali.

Agak sukar untuk menarik pelawat dari laman web muzik untuk dibawa ke blog askar. Begitulah contoh mudahnya. :)

[3] Tempat pengiklanan mempunyai ‘nilai’ yang berkualiti. Sebagai contoh, ruang pengiklanan di blog SmartZul, yang mempunyai trafik yang tinggi & pelawat yang berjumlah 10,000 orang sebulan. Malah, satu kali pembayaran untuk 5,000 - 10,000 views. Nilai yang berkualiti, boleh dinilai melalui jumlah pelawat atau jumlah pembaca.Begitu juga ruang pengiklanan dalam laporan atau ezine. Jika jumlah pembaca mencecah ribuan orang ramainya, maka ini adalah ruang pengiklanan yang boleh anda sertai dengan yakin.[4] Kenalpasti samada ruang pengiklanan yang anda mahu, bersifat kekal atau sementara. Sudah tentu ruang pengiklanan yang kekal, adalah lebih menguntungkan.[5] Kenalpasti jenis pengiklanan, samada link text, atau banner, atau gambar atau lain-lain. Mana-mana pun boleh dikatakan memberi kesan yang baik kepda pengiklanan anda. Pengiklanan berbentuk banner bergambar, lebih baik daripada text link semata-mata.[6] Ketahui kredibiliti pengiklan. Ini bagi mengelakkan anda ditipu bulat-bulat.Jika anda berminat untuk mengiklan dan mendapatkan kesan trafik yang kekal, boleh dipercayai, murah, & mempunyai trafik berkualiti, anda boleh layari link berikut :Klik Sini Untuk MengiklanAnda perlu daftar dahulu di sana sebagai ahli forum Wang Cyber. Pakej pengiklanan ini sesuai untuk semua jenis pengiklanan, sama ada untuk blog, produk mahupun servis perkhidmatan. Tetapi, awal-awal saya tegaskan, saya tuju kepada para pembaca yang berminat untuk buat duit di internet.So, kalau nak iklankan pakaian, tak salah. Cuma mungkin tak sesuai. :)Selamat beriklan. ;)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

8 Comment(s)

  1. InsyaAllah dalam bengkel blog percuma saya itu akan diajar juga cara mempromosi blog. Sebenarnya banyak cara nak promosi blog. Tapi disebabkan banyak sangat itulah menyebabkan bebudak baru tak fokus atau dalam lain kata tak dapat nak istiqamah…

    Nak senang, pilih dua cara sahaja dan fokus pada dua cara itu sahaja. :D

    Azree Hanifiah | May 8, 2008 | Reply

  2. yes, cadangan yang baik.

    Tapi, bagi saya sendiri, buat banyak cara promosi blog dengan guna banyak cara, tak ada masalah. Dan setiap cara, terbahagi kepada 2 kesan :

    [1] Kesan dari segi SEO. Ini boleh dioptimasikan dengan cara bertukar-tukar link, update blog lebih kerap dan sebagainya.

    [2] Kesan dari ‘direct’ traffic. seperti pengiklanan berbayar, viral traffic, tinggalkan komen, dan macam-macam lagi.

    So, boleh pilih mana-mana kesan yang nak difokuskan.

    admin | May 8, 2008 | Reply

  3. Terima kasih diatas…maklumat yang saudara bagi ini. Ia amat membantu saya. Thanks So Much…

    amir jempol
    www.anugerahremajaperdana.blogspot.com

    amirjempol | May 9, 2008 | Reply

  4. Betul tu.. Tips-tips yang diberikan memang berguna..
    Memang sekarang ni saya lebih gunakan cara free tu tapi memang penat dan sukar untuk meningkatkan traffik lebih2…

    zool | May 9, 2008 | Reply

  5. betul.memang berguna tips ni. antaranya adalah seperti ape yg saye tgh buat skrg. tinggalkan komen :D

    syukran kathiran alaik dgn tips2 ni.

    creamstudents.com | May 11, 2008 | Reply

  6. terima kasih atas info yg diberikan..
    saya akan cuba praktikkan……

    hazwan | May 15, 2008 | Reply

  7. hi u linkkan blog I ke blog u. ok thanks

    erinsza | Aug 31, 2008 | Reply

  8. Hi..thank for the tips bro,sudi2 le ke blog saya
    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

    MIJI | Oct 4, 2008 | Reply

Post a Comment