Musim Getir Baru Selesai
By admin on Aug 31, 2007 in Umum, Diari
Assalamualaikum atau salam sejahtera. Rasa bersalah pula kerana sangat jarang meng’update’ artikel di blog ini.
Baru-baru ini, saya sangat sibuk dengan peperiksaan pertengahan semester, sehingga saya hampir-hampir tiada masa untuk memikirkan perkembangan perniagaan internet saya dan blog yang saya sayangi ini. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan tersebut agak memberangsangkan bagi saya , walaupun tak dapat nak ’score’ dengan markah yang baik. Puncanya, kerana saya agak kerap cuai dalam peperiksaan tersebut. Rasa kelakar pulak bila memikirkannya semula. Apapun, perjuangan saya masih belum selesai. Masih ada assignment, ‘presentation’ di depan kelas dan final exam yang tentunya akan mempengaruhi sebahagian besar markah keseluruhan saya. Insya Allah saya akan buat yang terbaik untuk selepas ini.
Dan pada hari Selasa dan Rabu baru-baru ini, ada festival sederhana yang di adakan di dewan universiti saya. Alhamdulillah, saya tak sia-siakan peluang untuk membuka gerai kecil di sana untuk tujuan menjual Kit Blogger dan lain-lain produk saya, yang saya hasilkan dalam bentuk CD. Walaupun gerai yang saya buka hanyalah hampir 4 jam, tetapi hasil jualan adalah amat memberangsangkan juga ye. 7 CD terjual..
Bila dah tutup gerai, rasa lain macam jer. Rupa-rupanya rasa letih dan lenguh-lenguh badan. Masakan tidak, hampir 2 atau 3 jam saya bercakap memberi penerangan kepada kawan-kawan saya dan pelajar-pelajar yang lain, sambil berdiri. Alhamdulillah, mereka macam nampak berminat. Walau bagaimanapun, sayangnya kerana mereka berminat untuk membeli, tetapi tidak membeli kerana tiada wang untuk membeli produk saya itu. Kit Blogger dan Koleksi Perisian Usahawan Internet.
Dan rugi juga rasanya kerana saya tidak merakamkan gambar-gambar kenangan gerai jualan saya tersebut, untuk dipaparkan dalam blog ni. Hm, kadang-kadang, bila fikir semula, penting juga membeli kamera. Banyak saat-saat indah yang perlu dirakamkan dan diabadikan, tetapi tak dapat berbuat demikian kerana tak ada kamera atau sekurang2nya, handset yang berkamera.
Apapun, insya Allah, jika saya ada kemampuan dari kewangan pada masa akan datang, saya akan membeli satu kemera, untuk tujuan kenangan dan tentunya juga untuk dikongsi dengan anda semua serta untuk tujuan-tujuan perniagaan internet saya. Tujuan perniagaan internet? Hm, yang ini saya terpaksa rahsiakan..
Sehingga sekarang, saya masih merahsiakan universiti tempat saya belajar dan kursus pengajian yang saya ambil daripada pengetahuan awak semua. Adakah perlu untuk saya bagitahu pada anda semua tentang ini?
P/S : Selamat menyambut kemerdekaan ke-50 saya ucapkan kepada anda semua. Semoga bertambah kesyukuran ita kepada Allah lantaran nikmat yang tidak terhingga yang diberikan-Nya.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment