Penterjemah Diperlukan Segera [RM500 - RM2,000]
By admin on Dec 23, 2008 in Umum
Salam sejahtera.
Artikel kali ini adalah iklan penaja. Saya ingin membuka peluang bekerja secara tetap dengan saya sebagai penterjemah dari BM ke BI dan BI ke BM.
[2] Perempuan atau Lelaki sahaja [tiada di tengah-tengah].
[3] Mempunyai akses internet yang stabil sepanjang masa.
[4] Mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang baik / sangat baik.
[5] Memberikan komitmen yang baik kepada kerja yang diberikan. Mungkin ada kerja kecil yang saya berikan, memerlukan anda menyiapkannya dalam tempoh 12 jam. Selalunya kerja yang saya berikan adalah kerja kecil-kecil sahaja. Jika banyak, saya akan tambahkan tempoh untuk anda siapkan.
[6] Menaip dengan agak pantas / pantas.
[7] Bersetuju dengan sebarang kerja penterjemahan dan penulisan yang saya akan berikan kelak.
[8] Mempunyai personaliti yang penyabar dan rajin.
[9] Saya tak nak anda adalah orang tengah kepada penterjemah lain. Saya nak andalah orangnya yang menterjemah. Saya nak ‘direct communication’. Tak nak lah ‘kerenah birokrasi’ yang banyak. Saya juga tak nak mereka yang kurang yakin dengan diri sendiri, menghantar penyertaan untuk mencuba.
[10] Tarikh tutup penyertaaan 26 Disember 2008.
Jika berminat, apa yang anda perlu buat?
[1] Hantarkan email ke akupenterjemah[at]gmail[dot]com.
[2] Saya akan berikan ujian kecil
[3] 3 orang akan dipilih untuk bekerja seminggu dengan gaji RM100.
[4] 1 orang terbaik akan dipilih dan mendapat pekerjaan tetap dengan saya. Gaji permulaan adalah RM500 sebulan. Ia akan meningkat naik hampir setiap bulan. Insya Allah, bergantung kepada prestasi anda.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







menarik jugak ni..tapi tu lah skill Bi kureng
latifah | Dec 23, 2008 | Reply
untungnya sap2 yang up to date BI niii
fid | Dec 23, 2008 | Reply
Hi Mr Mawardee:
Saya berminat untuk menjadi penterjemah saudara.Saya rasa saya mampu untuk menyahut cabaran saudara itu. Terima kasih. Saya akan cuba.
Cadangan: Adalah lebih baik jika saudara menghantar teks tertentu dan saya terjemahkan sebagai ujian pertama melihat kebolehan. Sekian. Jumpa lagi.
Fauzi | Dec 23, 2008 | Reply
ye, saya hanya berikan teks untuk diterjemah hanya kepada mereka yang memohon sahaja.
admin | Dec 23, 2008 | Reply
Saya pun nak memohon jugak…. boleh kan?
alfie | Dec 23, 2008 | Reply
Kalau buat terjemahan guna BI versi British boleh haraplah jugak….
tapi kalau versi US memang pening…. weh
sebab BI versi US nih adakalanya tunggang langgang maksud satu2 ayat tuh….apa pun…I shall perform my best task to you…:)
alfie | Dec 23, 2008 | Reply
saya berminat tp saya takut sy x dpt bagi 100% komitmen sebab saya pelajar U.. but i’m taking TESL…
lovehatetragedy | Dec 23, 2008 | Reply
Assalamualaikum.
Saya berminat tapi nak buat kerja sepanjang
masa tu berat sedikit kerana saya bekerja sebelah pagi. Cuma sebelah petang dan malam lepas jam 9 saya free hingga pagi subuh. Ada
peluang ke….?Encik Mawardee.
rysher60 | Dec 23, 2008 | Reply
Hm, so far saya akan utamakan sesiapa yang mempunyai masa yang fleksibel. Apapun, boleh cuba dulu.
admin | Dec 23, 2008 | Reply
salam…menarik nie..saya nak join tau..i can polish my skills…ehehhehehe…
suehana a.k.a chub | Dec 24, 2008 | Reply
yuhuuu…bahasa BI aku tungang terbalik…kalau bahasa sarawak boleh tak mr.mawardee?
chmy06 | Dec 24, 2008 | Reply
alamak, baru je tau..tapi, da terlewat sehari..leh apply lagi tak?berminat la mr. ..
Wanita eMall | Dec 27, 2008 | Reply
Boleh tahan tapi dah terlambat…
xetech | Dec 27, 2008 | Reply
Banyak pelUang boleh dapat kalau terer BI ni
awang | Dec 29, 2008 | Reply
dah antar email tp masih belum dpt ujian. Bila admin nak antar ujian?
iyoko | Dec 30, 2008 | Reply
aisehh dah lambat erkkk..
tapi syarat no. 2 tewww ammvoiiii..
en_me | Dec 30, 2008 | Reply
Rasa macam best jer…ingat-ingat nak applylah boleh lagi ker???
kerja kosong | Jan 14, 2009 | Reply
Salam Mawardee…
I’m truly really interested in applying the post..but I guess it’s already late…I have missed the boat!
However, I wish you a very good luck in searching new staff here…
Please do visit my blog to support me as a new comer in blogging.
Thank you
Redish Heart | Jan 20, 2009 | Reply
saya cuba boleh, la ni saya lecturer biology,lecture in english, tp tak la 100% cam mat salleh tu.
notie | Jun 15, 2009 | Reply
Alamak dah terlambat ke? Berminat lah. Saya memang pelajar bidang terjemahan bahasa Inggeris ke Melayu dan Melayu ke Inggeris, tuan boleh hantarkan ujian kepada saya jika tuan berminat menggunakan khidmat saya di usrapuydante[at]gmail[dot]com. Terima kasih.
naim | Jun 17, 2009 | Reply
Mungkin dah terlambat tapi saya berkemampuan t.k
mohd.nor | Oct 13, 2009 | Reply