Shopping Untuk Top Affiliate Saya
By admin on Aug 25, 2008 in Umum, Diari
Salam. Semalam saya shopping di Low Yat dan Times Square. Shopping saya bukan sebarang shopping. Tapi shopping untuk membeli hadiah untuk semua top affiliate Panduan ClickBank saya!

Ini adalah handphone Sony Walkman versi W380. Dia punya design cukup menarik. Malah button play ada di luar handphone tersebut. Hadiah handphone ini hanya untuk johan tempat pertama sahaja. Iaitu tak lain tak bukan adalah milik bro Smart Zul (mentor saya tak rasmi.huhu). Papepun syabas kepada beliau kerana berjaya menjana jualan affiliate melebihi 80 jualan dalam 4 minggu! Memang hebat. (macam saya promote Rahsia 10K dulu dalam 2 minggu. Pergh, sempat lagi memuji sendiri).


Ini pula adalah 3 buku yang di’foreword’ oleh Donal Trump, karangan Don Sexton. Buku ni nampak best dan advanced. Tu yang beli tu. Pemenang yang layak memiliki buku ini adalah Smart Zul, Bitol & Sham RajaAdsense.
Dan di bawah pula adalah buku tambahan yang saya beli di Times Square. Sori, tak ingat nama kedai tu. Ini adalah buku Adsense Code yang dihasilkan oleh Joel Comm, yang berjaya jana $30,000 sebulan melalui Adsense! Buku best seller ni, takkanlah saya nak lepaskan macam tu je kot. Hehe

Dan masa nak balik tu, memang hujan agak lebat. Walaupun naik motor, kami berdua tetap redah hujan tu. Sebab ada kerja yang tak setel di tempat pengajian kami. Pasal bisnes & janji dengan kawan punya pasal la.
PS : Kepada semua affiliate yang berjaya hasilkan jualan, pembayaran akan dilakukan secara beransur-ansur. So harap sabar menunggu. Manakala barang-barang hadiah pula, saya akan pos & balut dengan selamat sebelum pos. Insya Allah.
PPS : Panduan ClickBank masih boleh dipromosi. Komisen RM25 akan diberikan kepada anda seperti biasa.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







hohoho..dapat jugak buku…
sham | Aug 26, 2008 | Reply
Komisyen tak banyak mana..
tapi ok gak la..:D
TheReds | Sep 4, 2008 | Reply
buku tu dah diterima mawardee.. thanks! Tapi nama bitol la..
komisen bile plak release?
sham | Sep 7, 2008 | Reply
Salah hantar ke..
TheReds | Sep 10, 2008 | Reply