Tak Perlu Berserabut
By admin on Nov 8, 2007 in Umum, Diari, Tips Perniagaan Internet
Assalamualaikum atau salam sejahtera.
Walaupun cuti pengajian hampir sebulan lamanya, namun sebenarnya saya tak dapat fokus sangat pada penulisan artikel di blog ini. Oleh kerana itulah, saya menggalakkan sesiapa sahaja untuk menghantar artikel ke blog ini, dengan menghantar email ke admin@blogsendiri.com. Dan saya akan sertakan nama anda & URL blog anda pada akhir artikel anda, jika berjaya di’publish’ di sini.
Bukan apa, untuk pengetahuan (kepada sesiapa yang nak tahu la), saya sedang sibuk mengemas kini produk “Koleksi Perisian Usahawan Internet”. Sehinggakan saya rasa agak kesempitan masa. Namun, mujurlah saya masih agak faham (??
) dengan sistem ‘fokus’ yang banyak diterangkan oleh ramai usahawan internet di Malaysia ni.
Fokus pada satu-satu kerja, dan jangan memulakan kerja perniagaan yang lain, sehinggalah kerja yang anda sedang lakukan sekarang ini betul-betul berjaya dan mantap.
Kerja yang saya maksudkan di sini adalah kerja perniagaan internet anda. Dan saya tidak maksudkan saya seorang yang ‘perfect’ dalam bidang perniagaan internet & dalam dunia blogging.
Saya pun masih dalam proses belajar sedikit demi sedikit, sama seperti anda. Newbie. Budak mentah. Cuma, apa yang utarakan pada hari ini adalah sebagai perkongsian sesama kita sahaja. Jika anda ada sebarang komen atau pandangan, jom kita bincang dengan meninggalkan komen di blog in (yang akhir-akhir ni asyik kosong jer
)
Oklah, kita berbalik kepada konsep FOKUS kepada satu-satu kerja perniagaan. Tidak kisahlah siapa sasaran pelanggan anda, samada di Malaysia sahaja atau untuk global seluruh dunia, ia tidak menjadi persoalan atau masalah.
Yang penting, anda fokus pada satu-satu kerja
sehingga siap dan berjaya.
Kerana, di samping menghasilkan produk, melancarkan produk dan membina laman web, banyak perkara lain yang perlu diambil kira seperti :
1. Memberi support atau sokongan kepada para pembeli. Kadang-kadang, maslah berlaku pada link download yang kita berikan, dan kadang-kadang masalah pada komputer mereka untuk mendownload produk anda, dan kadang-kadang kerana para pembeli menghadapi kesukaran dengan produk kita.
Jadi, di sinilah perlunya peranan kita sebagai penjual produk, untuk memberikan support yang terbaik, agar kita dapat menjaga hati mereka. Kerana perlu diingat, pembeli yang telah membeli dari kita, adalah golongan yang paling mudah untuk melakukan pembelian secara berulang-ulang dari kita jika kita mempunyai produk yang baru pada masa depan. Ini kerana, menarik pembeli baru adalah lebih sukar daripada menarik pembeli kita yang sudah setia dengan kita..
2. Kerja-kerja yang dilakukan oleh kita sebagai usahawan internet ‘amatur’ (takper ke saya gunakan istilah ini? Harap-harapnya takda yang terguris yer.
), banyak dilakukan secara bersendirian.
Dari menghasilkan produk, sehinggalah kepada pembinaan laman web dan design grafik laman web, semuanya kita lakukan sendiri. Ini kerana kita tak mempunyai kewangan yang kukuh untuk mengupah orang lain membina laman web, mengupah orang lain untuk menulis surat jualan, mengupah untuk mereka bentuk grafik laman web dan banner iklan serta sebagainya.
P/S : Sebenarnya, apa yang saya tulis ini, sebagai ulasan kepada artikel Smart Zul di blognya. Bukanlah saya menciplak, kerana dalam dunia blogging, tiada istilah menciplak idea. Yang pasti, inilah yang membina komunikasi secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membina komuniti blogger-blogger di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.
PP/S : Kepada yang belum membeli produk “Koleksi Perisian Usahawan Internet”, saya mencadangkan agar anda mendapatkannya sebelum saya melancarkan produk tersebut untuk versi 1.5 (iaitu versi kemaskini). Saya juga menyediakan pelbagai bonus tambahan untuk para pelanggan saya. Jadi, sebelum saya melancarkan produk tersebut dengan versi kemaskini dan sekaligus harga produk akan dinaikkan, saya rasa inilah masa sesuai untuk anda mendapatkannya secepat mungkin di http://www.perisianinternet.com.
Dan kepada sesiapa yang telah membeli produk tersebut, anda akan mendapat update produk tersebut secara percuma. Kerana saya telah pun menjanjikan update terkini produk itu milik anda seumur hidup.
Apapun, saya cuba memberikan yang terbaik agar produk tersebut benar-benar membantu usahawan-usahawan internet di Malaysia. Insya Allah ![]()















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Betul cakap Mawardee,
Awak ngan saya sama jer,Tapi awak lagi mantap la :)baru nak berjinak-jinak dalam bisnes internet ni.baru belajar merangkak saya ni:)
Fokus memang penting,bukan pe senang nak maintain.Tak payah pening2 kepala,serabut nak pk byk2.Kalau ada satu pun ok dah.Kalau banyak sangat,itu nak,ini nak,last2 satu pun x dapat.Buat penat jer.
Bak kata pepatah “yang dikejar x dapat,yg dikendong keciciran”.Tul ke pepatah aku ni
starline | Nov 8, 2007 | Reply
ya, pepatah tu betul, starline
Ya, penat je dapat jika terlalu terkejar2 nak buat banyak biz. Last2, kualiti yang tak terjaga…
mawardee | Nov 8, 2007 | Reply
Betul tu…semua nak buat blog, last-last otak kena block…
KoleksiPercuma | Nov 10, 2007 | Reply
haha. menarik & kelakar dengar kata-kata tu.
mawardee | Nov 11, 2007 | Reply