Usah Salah Faham Isu Lego

Salam. Nampaknya, dalam blog saya ni, isu LEGO menghina Muhammad* yang menjadi perbualan agak hangat. Bukanlah tujuan saya membuat fitnah mahpun melemparkan tuduhan, malah saya menyenaraikan segala maklumat yang pro & kontra terhadap gambar Lego menghina Muhammad tersebut. Jadi, pandai-pandailah menilai. Terima kasih kerana sudi mngunjungi blog ini & meninggalkan mesej di sini. :)

P/S : Apapun dan sesiapa pun yang mereka cipta gambar Lego tersebut, YANG PENTING, ia menunjukkan sudah terlalu ramai pihak bukan Islam yang berani menghina Muhammad & Islam, samada secara terang-terangan mahupun secara bersembunyi. Contoh paling ketara penghinaan secara terang-terangan adalah kerajaan Denmark mempertahankan kartunis yang melukis gambar menghina Muhammad tanpa rasa bersalah. Walaupun satu dunia islam marah & membuat demonstrasi, tapi kartunis itu selamat & dilindungi kerajaan Denmark.Lihatlah! Apapun, beginilah kita diajar - Bila ada berita sampai kepada kita, jangan lupa menyiasat berita tersebut. Apa lagi berita itu datang dari orang fasik ataupun puak kafir.

PP/S : Bagus beremosi atau merasa sedih + geram bila kita mengetahui ada pihak yang menghina Muhammad atau agama kita. Ini menunjukkan kita ada SENSITIVITI & RASA SAYANG kepada Muhammad & agama kita. :) Tapi, adab dan mulut harus dijaga agar jangan sampai berlaku fitnah membabi buta & perbuatan melulu yang membinasakan diri dengan sia-sia. Itulah maksud saya. Apapn saya bangga sebab pelawat blog saya menjaga adab-adab dalam isu ini . :)

*(Rujuk Artikel dalam kategori Isu Semasa).

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment